Ciri-Ciri Kolesterol Tinggi

CIRI-CIRI KOLESTROL TINGGI |Kolestrol tinggi dalam darah?? Bagaimana cara -cara untuk mengetahui simptom anda menghidap penyakit kolestrol tinggi?? Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah kita. So,rajinkan diri anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui adakah anda menghidap penyakit ini ataupun tidak..Sebelum itu, jom kita rungkaikan persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar di minda kita.



Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi

1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan

Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih

Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala

Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak

Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

# JUMPA LAH DOKTOR ANDA UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN ANDA TERJAMIN.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
P/S ELAKKAN MAKANAN FAST FOOD, AIR BERKARBONAT.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG. (Fast food kalau nak mkn sekali sekala boleh tapi jgn selalu taw. Obesiti juga salah satu golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ikut piramid makanan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan ..Heehee *peringatan untuk diri sendiri juga)

http://www.yanasakura.my/2013/04/ciri-ciri-kolestrol-tinggi.html

8 Khasiat Bawang Putih



APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.







1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.






2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.






3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.






4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.






5. Mengandungi banyak iodin.


Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.






6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.






7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.






8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


JADI pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat. 




http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/8-khasiat-bawang-putih_12.html

Mati Mengejut Kerana Arteri Tersumbat

Mati mengejut kerana arteri tersumbat




JANGAN sesekali memandang ringan jika anda atau ahli keluarga terdekat mengalami simptom-simptom seperti sakit dada, sesak nafas, pening kepala dan mengalami palpitas iaitu denyutan jantung yang pantas, kuat atau tidak teratur.


Tanda-tanda tersebut merupakan siren awal yang memberitahu seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari.


Penyakit arteri koronari merujuk pada penyempitan dan penyumbatan arteri yang membekalkan darah kepada jantung melalui pengumpulan lemak dan kolesterol.


“Proses ini dipanggil koronari aterosklerosis yang menyebabkan peredaran darah lemah, miokardium anoksia dan juga miokardium nekrosis.


“Dalam kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba atau dikenali sebagai serangan jantung,” kata pakar runding kardiologi, Profesor Dr. Sim Kui Hian.




Tambahnya, seseorang yang menghidap masalah penyakit arteri koronari juga biasanya akan berasa sakit di dada seperti rusuk dihimpit-himpit dan tidak kurang juga yang sakit di bahagian tangan kiri, siku dan perut.


Kui Hian memberitahu, penyakit arteri koronari terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan lain dalam darah yang dikenali sebagai plak.




Pengumpulan plak


Apabila plak tersebut terkumpul ia dipanggil koronari aterosklerosis.


“Pengumpulan plak ini selalunya berlaku dalam tempoh yang lama dan apabila ia mengeras, arteri akan tersumbat lalu menyebabkan peredaran darah menjadi lemah.


“Keadaan ini dinamakan aterosklerosis. Penyempitan arteri koronari ini menyebabkan darah beroksigen yang dihantar ke otot jantung berkurangan mengakibatkan sakit dada atau angina pektoris,” ujarnya.


Menurut Kui Hian, jika plak tersebut menghalang arteri koronari sepenuhnya atau pecah, ia boleh membawa kepada serangan jantung (infarksi miokardium).
Faktor risiko penyebab utama penyakit tersebut ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, merokok, kencing manis, amalan gaya hidup sedentari dan sejarah keluarga.


Bagi mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, seseorang doktor itu akan melakukan beberapa diagnosis seperti elektrokardiogram (ECG), ujian senaman treadmill, ekokardiografi, Myocardial Perfusion Scan, Cardiac Computed Tomography (CCT), Cardiac Magnetic Resonance Imaging (CMR), Cardiac Catheterization dan Coronary Angiogram.





BAGI mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, doktor akan melakukan beberapa diagnosis.


“Secara umum, doktor akan memilih penyelesaian terapeutik mengikut keadaan penyakit dan keadaan kesihatan pesakit selepas membuat diagnosis yang tepat tentang penyakit arteri koronari.


“Perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok, pemakanan seimbang dan senaman yang mencukupi banyak membantu dalam pemulihan penyakit arteri jantung,” katanya.


Jelas beliau, pada masa sekarang, kaedah terapeutik yang digunakan untuk merawat penyakit arteri koronari ialah rawatan perubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG), percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti dan pembedahan pintasan jantung.


Terdapat pelbagai jenis sten yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu menggunakan bare metal stent (BMS), drug-eluting stent (DES) dan bio-engineered stent (BES). 


Kebiasaannya, pilihan rawatan berdasarkan faktor yang ditentukan oleh gejala-gejala yang dialami pesakit. 


Dalam kebanyakan kes, jika arteri tersumbat kurang daripada 70 peratus, maka ubat akan menjadi pilihan rawatan baris pertama.


Jika pembedahan diperlukan, BES ialah sten yang sesuai untuk semua pesakit.


Pemasangan sten menawarkan penyelesaian bagi kumpulan pesakit tertentu seperti mereka yang memerlukan pembedahan dalam jangka masa pendek, pesakit yang tidak boleh menggunakan Dual Antiplatelet Therapy (DAPT) iaitu rawatan perubatan yang membabitkan pengambilan agen pencairan darah seperti aspirin dan agen antiplatlet untuk jangka masa panjang dan warga emas.


Pesakit yang menjalani rawatan memasukkan sten boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuat senaman aerobik. 




Namun begitu, pesakit arteri koronari harus melakukan ujian stres terlebih dulu sebelum memulakan program senaman bagi mengukur kemampuan mereka untuk bersenam.


“Mereka dinasihatkan supaya melakukan senaman ditemani orang lain dan tidak berseorangan selepas beberapa bulan pertama menjalani rawatan.


“Gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan senaman dengan kerap sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung,” ujarnya.


Dahulu, penyakit jantung hanya menyerang individu berusia, kini situasinya berbeza kerana golongan individu berusia bawah 50 tahun turut berdepan dengan risiko penyakit tersebut.


Gaya hidup




Menurut Kui Hian, keadaan itu berlaku akibat gaya hidup tidak sihat, tidak melakukan senaman, obesiti, merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.


“Penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. 


“Bagi mengelakkan penyakit ini, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, kolesterol dan garam, jangan merokok, kurangkan tekanan dan selalu bersenam,” nasihatnya.


Dalam pada itu, Hindon Abdul Aziz, 55, tidak menyedari sama sekali bahawa dia menghidap penyakit arteri koronari sehinggalah beliau membuat pemeriksaan penuh kesihatan yang disarankan oleh tempat kerjanya.


Selepas melakukan ujian stres dengan treadmill, doktor memberitahu bahawa Hindon mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan menyarankannya menjalani rawatan angioplasti.




GAMBAR di atas menunjukkan bagaimana sten dipasang bagi membesarkan saluran darah yang tersumbat bagi membolehkan aliran darah mengalir dengan normal tanpa sekatan.


“Ahli keluarga saya ramai meninggal akibat penyakit yang berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi dan angin ahmar.


“Sebulan jugalah saya membuat keputusan untuk membuat angioplasti. Prosedur angioplasti ini mengambil masa lebih kurang satu jam,” katanya.


Selepas membuat pemasangan sten, doktor menasihatkannya membuat perubahan pada diet. 


“Makanan laut tidak boleh makan kerana kandungan kolesterolnya tinggi, makanan berminyak dan bersantan selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok.


“Jika tidak berpantang, ada kemungkinan saluran tersebut tersumbat kembali. Apabila rakan-rakan tahu saya menghadapi masalah penyakit ini, ramai yang menyarankan supaya makan epal hijau, saderi, lemon dan teh hijau,” ujarnya.


Ditanya mengenai rawatan ubat tradisional yang banyak diamalkan oleh segelintir masyarakat, Hindon memberitahu doktor mengingatkannya supaya tidak mencampurkan pengambilan ubat doktor dengan ubat tradisional.


“Tidak dinafikan selepas didiagnosis menghidap penyakit ini, diet saya sekeluarga berubah dan jarang sekali makan di luar seperti sebelum ini.


“Sekarang ini, tengok sahaja orang makan nasi lemak sepinggan penuh saya sudah takut. Mula-mula dapat tahu menghidap penyakit ini, saya tidak lagi makan nasi lemak dan bertukar kepada capati,” katanya yang kini menyediakan makanan menggunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.


Secara peribadi, Hindon memberitahu, pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting.


“Lebih baik dapat tahu awal daripada tidak tahu langsung dan tiba-tiba sahaja mendapat serangan jantung.


“Sehingga hari ini, setiap hujung minggu sebaik sahaja selepas subuh saya dan suami akan berkebun untuk mengeluarkan peluh,” ujarnya yang banyak membawa artikel-artikel mengenai arteri koronari.


Hipertensi Penyebab Strok & Sakit Jantung





GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.

Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.




Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).

Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.



Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.

Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

Kandungan air dan garam di dalam badan

Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
Tahap hormon badan yang berbeza











Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:

Obes

Sering tertekan atau cemas

Minum alkohol terlalu banyak

Mengambil terlalu banyak garam dalam diet

Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi

Menghidap diabetes
Merokok


Pilihan rawatan




Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanyamengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.


Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.

http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/hipertensi-penyebab-strok-dan-sakit.html

Benarkah Mati Pucuk Petanda Sakit Jantung???

Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan jantung. ED harus mendahului penyakit arteri koronari (CAD) memandangkan arteri zakar jauh lebih kecil daripada koronari, pesakit yang menghadapi masalah ED berpotensi menghadapi risiko yang amat tinggi diserang sakit jantung.

Petikan Malaysikini pada 22 oktober 2010 melaporkan hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya, Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di pusat tersebut kerana sakit jantung menghadapi masalah ED, masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut Dr. Ramesh Singh Veerah dapatan kajian selama setahun itu dijalankan melibatkan 111 lelaki yang aktif seks yang dirawat kerana serangan jantung menunjukkan 75.7% mengalami ED, malahan 24.7% daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemerisaaan dijalankan.

ED dan penyakit arteri koronari (CAD) berkongsi banyak faktor risiko yang sama dan berkaitan rapat. Atherosclerosis - punca penyebab CAD dan ED adalah meruapakan gangguan inflamasi umum yang berlaku pada kadar yang sama di seluruh vaskular tubuh.

Saluran darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. Dipercayai bahawa penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti. Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar. Menurut Prof Dr. Ong Teng Aik kebanyakan yang ramai orang tidak menyedari bahawa kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung, Terdapat empat tahap ereksi iaitu
  1. mati pucuk teruk,
  2. mati pucuk sederhana,
  3. ereksi separa optima, dan
  4. ereksi optima.
Zakar akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

Ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi. Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan. Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar. Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar.


semoga informasi ini berguna kepada anda

Info :  http://jagajantung.blogspot.com/

Bukan lagi penyakit orang tua

Bukan lagi penyakit orang tua


















JANGAN TERKEJUT... sakit jantung turut menyerang orang muda.


KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.


Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua.


Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).


Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.


Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.


Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.


Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.


“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.


“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.


“Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,” katanya.


Menurutnya, ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.


“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.


“Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini,” katanya.


Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL - kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein - kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu.


“Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.


“Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung.


“Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok,” katanya.


Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.


Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.


“Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki,” katanya.


Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.


Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.


“Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat.”


“Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.


“Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal,” katanya.


Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.


Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.


“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).


“Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.


“Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.


“Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.


“Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata,” katanya.


Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.

Buah Plum Baik Untuk Jantung




Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.


Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.


Buah plum berbentuk bulat. Kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu dan kuning. Plum dikelaskan ke dala menam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, kiar dan Eropah/taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.




Pokok plum ditanam diseluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan Negara utama penghasilan buah plum di Asia.


Buah plum memiliki khasiat dan baik untuk dimakan. Buahnya kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakkan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membrane sel. Pengambilan buah plu mjuga mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekaligus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.


Penglihatan yang tajam


Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan macula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.


Penyelidik mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plu memilki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.




Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah, kolon, osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya vitamin C juga  membentuk ketahanan menetang agen-agen berjangkit, menetang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.


Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B6 dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi factor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.




Mengawal fungsi sistem penghadaman


Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.


Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.


Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.



Wanita, Lelaki Sama Risiko Sakit Jantung




Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit nombor satu yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu.


Namun ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan susah untuk dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama saja di antara lelaki dan wanita.


Menurut Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat berbanding lelaki.


“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.





 “Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi ‘ibu’ kepada penyakit kardiovaskular,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.


Kajian terkini dilakukan Women Heart Health Organisation (WH2O), organisasi naungan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), terhadap 5,195 responden berusia dari 20 hingga 70 tahun mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.


“Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.


“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.


“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya.


Jelasnya, ramai masih tidak ambil tahu dan kurang memberi perhatian terhadap penyakit ini kerana sering ‘dimomokkan’ jika sakit jantung saja pasti ia membabitkan golongan lelaki.


“Masyarakat perlu memperbetulkan andaian begitu kerana zaman sudah berubah. Tiada apa yang mustahil, apatah lagi corak kehidupan kita berubah sepenuhnya.


“Wanita lebih berwaspada terhadap penyakit seperti kanser payudara dan serviks hingga kurang mengambil berat kesihatan jantung mereka, walhal punca kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser di kalangan wanita,” katanya.




Punca


  •   Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
  •   Kolesterol berlebihan
  •   Tekanan darah tinggi
  •   Merokok
  •  Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
  •   Kurang bersenam
  •   Kencing manis atau diabetes
  • Sejarah keluarga



Tanda serangan


  •   Sakit dada
  •   Sesak nafas
  •   Pening kepala
  •   Jantung berdebar



Faktor

1) Asap rokok


  •   Mempercepatkan pembekuan darah
  •   Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  •   Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  •   Tekanan
  •   Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan



2) Kandungan lemak tinggi


  •  Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging



3) Kurang bersenam


  •  Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung



4) Darah Tinggi


  •  Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung



5) Kencing manis


  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung



Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari


  •   Keturunan menghidap penyakit jantung
  •   Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
  •   Merokok
  •   Gagal kawal tekanan darah
  •   Hidap penyakit kencing manis
  •   Tekanan
  •   Kurang bersenam



Mengurangkan risiko sakit jantung

  •   Berhenti merokok

  •   Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis

  •   Kawal tekanan

  •   Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu, kambing, kerbau dan yang sepertinya

  •   Mula bersenam

  •  Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolesterol, oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap badan.